Weblog

Thursday, 20 November 2008

  • Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup

     
     
     untitled
     
    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ   Renung-renungkan dan selamat beramal…..
    Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.
    'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
    Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
    Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
    Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
    Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
    Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup...'
    Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
    Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
    Saya menggelengkan kepala.
    'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu.
    'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.
    Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah........ ..
    Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan
    kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
    Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah...
    'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'
    ** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
    Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... ......
    Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam......... ....**
    Huraisy

    Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
    bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
    dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
    Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
    yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'
    'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
    Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
    Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
    Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
    Kelima, orang yang suka minum arak.'

    kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…..
    ..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam
     
      
     
     
     

Sunday, 16 November 2008

  • Petua anak cemerlang dan pintar

     

    Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

    Ini ada satu petua yang bagus untuk kita kongsikan bersama..

    1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

    2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

    3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

    4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

    5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

    Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

    Selamat mencuba..... .

    bestkan jadi seorang ibu....
     

Friday, 14 November 2008

  • Berdebarnye hati nie...

     

     logo_uitm

    415301959032l

     

    Seperti yang dijangka, kini debaran semakin terasa... minggu ketiga november 2008 adalah minggu yang mengumumkan keputusan permohonan kemasukan program UiTM pengambilan disember 2008 untuk program asasi, pra diploma, diploma, ijazah sarjana muda, PLK, PJJ dan program pasca siswazah. Nama aku turut terlibat dalam proses permohonan nie.. "Dup dap dup dap" bunyik jantung aku nih... adoi...

    Aku, dengan berdasarkan minat yang mendalam bagi bidang animasi 3D, aku apply program Bacelor Degree of Creative Technology (Animation & Screen Technology), Faculty of Creative Technology (F.A.C.T). Entah dapat, entah x.. Tapi, nama aku tersenarai dalam interview list untuk kos tersebut. Interview tu pun aku dah pegi. Kat UiTM kampus Puncak Perdana, Shah Alam. Punye la jauh aku menapak dari Kuantan ke Shah Alam yang aku xpenah jejak tu. Demi cita2, aku redah jer. Nasib baik xkena sembelih masa naik teksi dari terminal bas S.A ke puncak perdana. fuh... Lagi pun ramai awek cun kat sana. Sejuk sket mata memandang sebab ade penghias dunia yang Allah S.W.T ciptakan untuk manusia...hehe.

    Masa tu, aku rasa diri nie terlalu kerdil nak berhadapan calon2 lain yg penuh dengan bakat melukis. Aku plak sekadar tau pasal penggunaan komputer n beberapa program multimedia. Aku rasa bodoh sangat masa buat "drawing test".. Dah ler aku nie "tangan kayu". Entah ape yg aku lukis. Kesian kat mamat yg jadi model pose masa tu. Takpe bang..sy dah lukis abes baik. Kalu xcantik, itu ler yg mampu.. Memang xcantik pun. hahahah...!!! Masa "oral test" plak, ade 2 panel yg interview aku, mula2 diorg suruh perkenalkan diri. Aku ape lg, melalut la...haha. Dah abes melalut, baru la mule cabaran untuk pengetahuan aku dalam animasi. Aku pun cite la ape yg patut dalam animasi kat malaysia nie. Sekali diorg tembak aku, gi tanya pasal animasi luar negara. Aku dengan keyakinan diri, jawab je soklan diorg walaupun aku tau jawapan aku ntah hape2.. Aku cuma berbekalkan projek yg aku buat sehabis baik semasa datang interview. Kalu nak harapkan bakat, mmg xde pada aku.

    Semoga dengan doa dan usaha yang aku berikan untuk menghasilkan projek yg perlu dihantar semasa interview, membuahkan hasil. Kini, aku masih menuntut dalam program Diploma in Computer Science (Multimedia), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk semester 6. Korang nak tengok bebrapa hasil keje aku yg x seberapa tu..? Sila la layari youtube n search nama "nazainurin".. aku buat "VFX" n sedikit "motion graphic".. Harap2 aku dapat capai cita2 aku nak wat filem macam omputeh wat.. casting cuma dalam studio.. huhu... AMIN..

    keputusan permohonan UiTM pengambilan disember 2008 boleh diperolehi melalui http://istudent.uitm.edu.my/ atau http://www.uitmonline.edu.my

     

     

Thursday, 06 November 2008

Monday, 03 November 2008

  • "WAYANG" bukan filem biasa...

    wayang-poster wayang

    Ye ke bukan citer biase..? Bermakna, citer luar biase la nie ek...? haha... Sume org yang terlibat dalam filem nie kata, citer nie mmg best.. xtau ler btol ke x.. Takkan ler diorang nak kata citer yg diorg buat xbest kot.. huh.. 

    Aku dah tgk trailer filem "WAYANG" nie... Bagi aku, bile aku tgk trailer filem nie, aku dpt rasakan aku xnak tgk citer nie kat panggung. Bukan aku nak kata citer nie xbest. Tapi bagi aku trailer dier tu buruk sgt ler. Cara persembahan trailer tu x dpt menarik perhatian penonton. Bosan jer. Tapi xtau ler pulak citernye.. bak kata pepatah omputeh, jangan nilaikan buku tu dari kulitnye.. haha... Citer nie mengisahkan tentang kehidupan segelintir masyarakat di Kelantan yang ingin meneruskan warisan Wayang Kulit. Filem nie menggunakan loghat kelantan sebagai bahasa komunikasi. Tapi ade subtitle bahasa melayu bagi mereka yang xpaham bahasa kelantan.

    Tapi pape pun, kite sebagai rakyat malaysia mesti support filem kite.. baru ler industri filem kite bley maju.. Jom ramai2 turun panggung tgk citer nie.. Yang lebih best, pembikinan filem nie terdiri daripada pelajar2 Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (F.A.C.T), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM). Wah..gabungan para pelajar dan pembangun filem malaysia.. Ini menunjukkan industri filem kite dah maju selangkah ke hadapan.. Kite tunggu kemunculannya pada 15 November 2008.  

     

     

Top Tags

[no tags]

Archives

Don't worry - your calendar is here… to see it in action just click "Save" above and refresh the page.

Chatboard (1)

  • nazainurin
    hehe...welcome..!!

Pulse

nazainurin has no pulse!...